berita

Orang Awam Kongsi Video Detik Cemas Helikopter Terhempas Di Taman Melawati

November 8th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Ampang, berlaku insiden sebuah helikopter telah terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah Taman Melawati. Kejadian tersebut terjadi kira-kira 11 pagi tadi.

Helikopter terhempas

Menerusi laporan Harian Metro, sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan maut dalam nahas berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha pihaknya telah mengesahkan akan insiden tersebut.

Ya betul ada terima panggilan daripada orang awam. Saya tak boleh maklum apa lagi. Saya sedang menghala (lokasi kejadian).

Namun Farouk ketika itu tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai insiden tersebut.

Bertembung di udara

Manakala menerusi laporan Astro Awani, insiden tersebut melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas. Ketika ini pihak bomba dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam helikopter tersebut.

Laporan awal menyatakan terdapat 4 mangsa, dua lelaki dan dua perempuan dimana dua daripada mereka dipercayai didapati tidak sedarkan diri.

Dibantu orang awam

 

Sumber: Harian Metro , Info Roadblock JPJ/Polis Astro Awani

SKIP THIS AD ×