Pelakon Ezzanie Jasny bersyukur masih diberikan rezeki bernafas di dunia selepas mengalami kecederaan serius akibat kemalangan kereta.

Artikel Berkaitan: Akaun Palsu Hantar Mesej Berbaur Ugutan, Ezzanie Jasny Minta Orang Ramai Jangan Mudah Tertipu 

Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Tangguh Percutian Ke London, Muka Masih Bengkak & Alami Pendarahan Di Sekitar Tengkorak

Hampir koma

@ohbulanofficial

Pelakon Ezzanie Jasny bersyukur masih diberikan rezeki bernafas di dunia selepas mengalami kecederaan serius akibat kemalangan kereta. #ohbulan #kinitrending #ezzaniejasny

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, mendedahkan dirinya hampir koma ekoran keadaan dirinya yang pengsan ketika kemalangan terjadi.

Menurut Ezzanie, segalanya berlaku terlalu pantas ketika kereta yang dipandu ayahnya memasuki perkarangan rumah.

Kemalangan itu berlaku cepat, ketika kenderaan yang saya dan ibu bapa saya naiki dipandu masuk ke perkarangan rumah, tiba-tiba muncul kereta melanggar kereta kami.

Saya pengsan semasa kejadian, hanya sedarkan diri keesokan pagi.

Rupanya ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh pada malam sama, jururawat dan kawan-kawan saya cuba sedarkan saya kerana khuatir saya koma jika tertidur.

Ezzanie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Rabu.

Trauma

Berkongsi lebih lanjut, pelakon drama bersiri Seindah Hujan Cinta itu memaklumkan dirinya masih belum mampu untuk memandu ekoran daripada trauma kemalangan.

Saya trauma, masih fobia dan tidak berani memandu kereta buat masa ini. Saya akan minta pembantu memandu untuk saya.

Kadang kita sudah cukup berhati-hati, tapi disebabkan kecuaian orang lain, kita tetap berisiko kemalangan. Apa pun, saya masih trauma.

Imbas kembali, Ezzanie berkongsi berita mengejutkan apabila memaklumkan terbabit dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya.

Difahamkan, ibu bapanya berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius.

Ezzanie turut memaklumkan bengkak di kepala masih dalam proses pemulihan selain daripada mengalami vertigo ketika baring.