berita

‘Orang Bebal Piang Ni Tak Payah Layan’ – Shila Amzah

September 24th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sebelum ini penyanyi Shila Amzah pernah lantang memberi pendapat dan pandangan terhadap nyanyian Sarah Suhari dalam sebuah persembahan rancangan realiti terbitan Astro. Namun, pandangan Shila Amzah telah membuatkan Sitizoners, peminat Dato Sri Siti Nurhaliza naik marah.

Artikel berkaitan: Netizen Gelar Shila Amzah ‘Biadap’ Bila Panggil Dato’ Siti Nurhaliza ‘No Brainer’?

Ternyata segala tindak tanduk Shila Amzah terus dikecam netizen apabila dia hadir dalam rancangan Melodi, semalam. Netizen lantang menyuarakan pendapat penyanyi itu kurang mendapat tawaran nyanyi di Malaysia kerana sikapnya yang kurang baik. Ini respon balas Shila Amzah dan peminat tegarnya terhadap haters.

Kenapa lama tak masuk TV?

Status ini telah mencetuskan ‘perbalahan’ di laman Twitter oleh netizen. Hal ini berdasarkan jemputan Shila Amzah di rancangan Melodi, semalam. Dimana pengacara Janna Nick bertanyakan kehadiran Shila Amzah semakin kurang di kaca televisyen tempatan. Walaupun, dia telah menjawab akan kesibukan jadual kerjanya di negara China, namun, masih dipertikaian netizen.

Shila Amzah yang mana ye?

Biarlah kena boikot pun

Orang luar pun salute Shila

Jangan kita buat orang

Walaupun sering dikecam sesetengah netizen, namun, penyanyi Patah Seribu ini tidak mudah untuk mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang serius. Malah, dia terus menasihati penyokongnya untuk tidak mudah mengecam sesetengah pihak. Pendek kata, baik mengambil keputusan untuk berdiam dari melayani kritikan negatif.

Sumber: Shila Amzah

SKIP THIS AD ×