berita

‘Orang Lain Yang Viral Tolong Jangan Kaitkan Saya’ – Haneesya Hanee

September 12th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Haneesya Hanee Komen Isu Anna Jobling

Pelakon dan model, Haneesya Hanee tampil bersuara selepas namanya dikaitkan dengan aktres cantik, Anna Jobling.

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Padam Semua Gambar Bersama Meerqeen Di Instagram? Hantaran Di X Timbul Tanda Tanya

Nama kena petik

Haneesya Hanee Komen Isu Anna Jobling

Menerusi aplikasi X, Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee binti Sayed Sahlan, 23, dilihat memberikan respon terhadap isu lama yang dibangkitkan oleh seorang wargamaya mengenai pertandingan Dewi Remaja yang disertainya pada tahun 2019 yang lalu.

Menerusi ciapan dimuat naik netizen berkenaan, dia memaklumkan bahawa setelah sekian lama baru dia mengetahui mengenai kontroversi yang membabitkan Haneesya dan Anna itu.

Haneesya kemudiannya dilihat hanya mampu ketawa di ruangan komen tatkala kisah lamanya itu dibangkitkan semula.

‘Jangan kaitkan saya’

Sementara itu, Haneesya menerusi ciapan lain mengakui terkejut kisah lamanya itu menjadi bualan wargamaya di media sosial.

Aku ni dah lama tak bukak Twitter, tiba-tiba notification banyak masuk.

Saya tak tahu apa yang terjadi tapi bila baca balik kisah lama ni saya akan tergelak.

Bekas juara Dewi Remaja itu turut meminta agar netizen tidak mengaitkan namanya dengan kontroversi artis lain.

Segala mak nenek silam aku korang ungkit. Orang lain yang viral, tolong jangan kaitkan saya.

Sekadar info, Haneesya pernah menjadi bualan ramai selepas videonya bersama beberapa peserta Dewi Remaja edisi 2018/19 yang berhibur di sebuah kelab malam tersebar di media sosial.

Susulan kejadian tersebut, Haneesya diminta untuk menyerahkan semula takhta serta hasil kemenangan yang diperolehnya selepas dinobatkan sebagai pemenang Dewi Remaja edisi tersebut.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×