
Pelakon, Ezzanie Jasny mengakui bahawa dunia lakonan bukanlah semudah yang disangka ramai, lebih-lebih lagi apabila melibatkan penghayatan emosi yang mendalam.
Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Serik ‘Sangkut’ 18 Jam Dalam Kereta, Pilih Kapal Terbang Pulang Ke Kelantan
Artikel Berkaitan: ‘Si Penyamar Mengugut Nak Sihir Saya’ – Ezzanie Jasny Buat Laporan MCMC, Akui Kini Lebih Tenang
Diri dah penat
Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, mendedahkan bahawa untuk menjayakan babak menangis juga boleh menjadi satu cabaran.
Hal ini bukan kerana tidak memahami watak atau kurang penghayatan, sebaliknya berpunca daripada keletihan diri yang melampau.
Orang selalu nampak bidang lakonan ni macam senang, tapi hakikatnya tidak.
Ada hari-hari tertentu, contohnya bila kena buat scene menangis, ia jadi sangat susah.
Bukan sebab tak faham atau tak hayati watak dan bukan juga sebab jiwa tu tak ada.
Tapi mungkin diri sendiri dah terlalu penat.
Badan menjadi keliru
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Seindah Hujan Cinta itu turut berkongsi bahawa keadaan tersebut adakalanya membuatkan dirinya keliru antara realiti dan watak yang dibawakan, seolah-olah tubuh dan emosi menjadi tidak selaras.
Kadang-kadang sampai tak kenal mana satu diri sebenar, dan mana satu watak yang dibawa.
Badan sendiri pun jadi keliru.
Bila kena tukar dari satu watak ke watak lain, sebenarnya tak semudah yang orang nampak.
Kita bawa sekali emosi itu, dan tanpa sedar kita tinggalkan sedikit diri kita dalam setiap cerita.
Kadang-kadang, ia lebih memenatkan daripada yang orang sangka.
Sekarang ni tengah nak habiskan satu drama, dan dalam masa 15 hari lagi saya akan masuk ke cerita baru yang jauh lebih berat.
Tipulah kalau saya kata tak risau, tambahan pula hanya ada 4 hari untuk betul-betul bertukar menjadi watak yang berbeza sepenuhnya.
Sumber: Threads