Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan arwah ibunya yang menjadi antara sumber kekuatan dalam setiap keputusan dan perjalanan hidupnya.

Artikel Berkaitan: Individu Kenang Arwah Ibu Elfira Loy Beri Tudung & Beg Tangan – ‘Dia Sedekah Dalam Bulan Ramadan Secara Senyap-Senyap..’

Artikel Berkaitan: Arwah Ibu Elfira Loy Terima Anugerah Tokoh Aktivis Masjid

Ibu sumber kekuatan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Elfira, 32, memaklumkan ramai yang menganggap dirinya seorang wanita kuat dalam mengendalikan setiap perkara yang berlaku dalam hidup.

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, kekuatan yang dimiliki hari ini hadir daripada sokongan kuat arwah ibunya yang sentiasa berada di sisi dalam setiap liku kehidupan.

Orang selalu cakap saya kuat, tahu buat keputusan dan pandai uruskan segalanya.

Sebenarnya tidak.

Bukan saya tahu, tapi saya berani dan keberanian itu hadir kerana mama. Mama sentiasa sambut jatuh bangun.

Dalam pada itu, Elfira turut berpendapat kata-kata semangat yang diterima tidak akan pernah sama seperti yang pernah diucapkan oleh arwah ibunya.

Orang akan cakap mereka akan ada untuk kita tapi tidak akan sama bila seorang ibu yang menyebutnya.

Pemergian Filzah sebelum ini dimaklumkan oleh Elfira menerusi satu hantaran di Instagram.

Terdahulu, pada 6 Ogos lalu, Elfira pernah memaklumkan ibunya dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi, namun tidak berkongsi secara terperinci mengenai keadaan kesihatannya.

Sumber: Threads