
Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil menjelaskan tentang restoran miliknya iaitu Rembayung yang masih menggunakan sistem tempahan slot secara atas talian.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Respon Isu Sistem Tempahan Rembayung ‘Down’ – ‘Restoran Baru Buka 2 Minggu Bang, Beri Saya Sedikit Ruang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gangguan Bekalan Elektrik Di Rembayung, Netizen Puji Sikap Tenang Khairul Aming Kawal Situasi
Penjelasan Khairul Aming
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, terdapat individu yang mencadangkan supaya restoran Rembayung menghapuskan penggunaan sistem tempahan dan menerima pelanggan secara walk in.
Pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman, 34, itu kemudian memberikan respon berhubung cadangan yang diberikan tersebut.
Menurut Khairul Aming, jika menggunakan sistem walk in, para pelanggan akan mengalami keadaan yang tidak selesa ketika menunggu untuk masuk ke dalam restoran.
Tambahan pula, perkara tersebut juga akan menimbulkan masalah parkir dan trafik di sekitar kawasan premis.
Sebab mengapa, saya tak buat walk in Rembayung adalah, sebab lokasi berbeza.
Tak sama beratur dalam mall yang ada aircond dengan beratur sebelah jalan raya dalam panas.
Orang tua akan penat, anak kecil akan menangis, nak guna tandas susah, nak solat susah, belum campur isu parking dan trafik yang akan ganggu peniaga dan penduduk sekeliling.
Justeru, usahawan berasal dari Kelantan ini menegaskan pentingnya tempahan awal supaya keadaan di restoran akan menjadi lebih sistematik, seterusnya menjamin keselesaan pelanggan.
Dengan tempahan daripada pelanggan, mereka akan turun kereta dan terus masuk ke kedai.
Tak perlu beratur dan meja dijamin ada untuk pelanggan. Kita nak utamakan keselesaan mereka.
Sumber: Threads