berita

Otai Masih Berbisa, M. Nasir Dan Exists Bakal Persembahkan Kembali Lagu Hits 90-an Kepada Peminat

September 5th, 2019 | by Amat Larbsib
Shout Out!

Siapa di sini peminat lagu-lagu dari kumpulan Exists dan Dato M. Nasir? Tak dinafikan lagu-lagu merdu nyanyian dua legend ini sudah sebati dengan halwa telinga kita. Kali ini kumpulan Exists dan Dato M. Nasir kembali membawa buah tangan buat semua peminat pada 28 September 2019 dan 23 November 2019 tidak lama lagi.

Pastinya konsert Exists Reunion dan M. Nasir 40 Tahun Perjalanan menjanjikan sebuah persembahan yang luar biasa dengan lagu-lagu favourite anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau!

Konsert Exists Reunion

Buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (drum) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad akan menjanjikan persembahan yang paling gempak.

Tidak dinafikan kumpulan Exists ini pernah menjadi fenomena pada sekitar tahun 90an dan sudah tentu pertemuan mereka kali ini bakal menghidupkan nostalgia bagi tahun 2019. Pelbagai lagu hits dan favourite anda yang bakal disajikan.

Konsert Exists Reunion akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September 2019 dengan harga tiket yang berbaloi. Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga bermula RM130, RM160, RM260, RM360, RM700 dan untuk info lebih lanjut boleh layari www.myticket.asia atau ikuti laman Instagram shirazprojects.

40 tahun perjalanan

Kami yakin pasti ramai yang meminati lagu-lagu nyanyian Dato M. Nasir. Buat pengetahuan anda, penyanyi lagu Tanya Sama Itu Hud Hud telah masuk 40 tahun penglibatannya dalam industri hiburan tanah air. Bagi tahun 2019 ini, sebuah Konsert M. Nasir Sebuah Hikayat – 40 Tahun Perjalanan akan menemui peminat pada 23 November 2019. Konsert ini bakal berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Lebih istimewa lagi, persembahan ini akan diiringi dengan band lamanya “The Gong” yang akan menampilkan 14 pemuzik handalan. Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Emas) RM200 (Perak), RM160 (Gangsa). Penjualan tiket konsert akan bermula dari 2 petang, 28hb Ogos 2019 di www.myticket.asia.

Jom kita pakat throwback lagu-lagu legend kumpulan Exists dan M. Nasir. Nanti bolehlah sing a long sekali! Jumpa anda di sana.