Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa menyifatkan ibu bapa yang mendidik anak dengan menggunakan rotan pada usia muda mempunyai pemikiran yang kolot.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Pernah Cuba Ponteng Terawih Beberapa Kali, Lebih Suka Ibadah Tengah Malam – ‘Haris Akan Ceramah Saya’

Artikel Berkaitan: Nama Neelofa Dipetik Netizen, Didakwa Promosi Produk Guna Gambar Unsur ‘Soft Porn’

‘Mindset kolot’

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), usahawan berusia 36 tahun itu berkongsi hantaran seorang guru yang mahir dalam pengasuhan yang menyatakan kebimbangan tentang kaedah ibu bapa mendidik anak menggunakan rotan.

Ibu kepada dua anak itu bersetuju dengan pandangan tersebut kerana ia boleh mengganggu sistem tumbesaran anak-anak.

Otak anak boleh rosak, emosi anak boleh rosak dan perkembangan boleh terbantut.

Mindset kolot suka pukul anak.

Dalam video tersebut, individu itu menjelaskan tindakan memukul anak boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak terutamanya otak dan emosi mereka.

Sumber: Instagram