
Pelakon, Ozlynn Waty mendedahkan suaminya, Johan pernah memberi nafkah berjumlah RM1 ekoran keadaan kewangan yang tidak stabil suatu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: Ozlynn Tersentuh Baca Luahan Anak Jaga Ibu Uzur – ‘Awak Kuat Hadapinya Tanpa Lari, Syurga Menanti’
Artikel Berkaitan: ‘Syahdu Dengar Ucapan Raya Johan..Dia Minta Maaf Dekat Kami, Daripada Saya Sampai Ke Helper’ – Ozlynn
Susah senang bersama
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 45, tampil bersuara ekoran kisah seorang isteri yang berkongsi tentang masalah rumah tangganya.
Menurut individu terbabit, dia tidak sengaja mengungkit mengenai urusan kewangan rumah tangga sehingga mengguris hati suami.
Bagaimanapun, hantaran itu meraih perhatian Ozlynn untuk berkongsi kisah rumah tangganya yang disifatkan sebagai susah senang bersama.
Hidup dengan suami aku dulu dia kais pagi, malam kadang-kadang tiada apa nak makan.
Tapi sebab kerja aku bagus, dapat tolong suami aku. Sampai pernah dia bagi nafkah dekat aku RM1 saja.
Berkongsi lebih lanjut, Ozlynn akui tersentuh dengan sikap Johan yang merendah diri sebagai seorang suami apabila memohon doa daripadanya agar Tuhan mengurniakan rezeki yang lebih.
Aku ambil duit itu, aku terima sambil senyum. Dia suruh aku tolong doakan semoga Allah bantu dia.
Aku terus pergi masuk bilik air. Aku menangis sampai sakit tekak aku. Bukan sebab jumlah nafkah tapi cara dia rendahkan maruah dia depan aku.
Aku nampak usaha dia cari rezeki. Maka aku doa minta Allah bantu.
Alhamdulillah sekarang dia senang, dia tak pernah lupakan aku.
Sumber: Threads @jozlynnhanania







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
