Perkongsian pelakon Ozlynn tentang keperibadian suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio iaitu Johan, telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Johan Tegas Dengan Semua Anak – ‘Mak Kau Panggil Tak Menyahut…Memang Nak Kena’

Artikel Berkaitan: Johan Hantar Sodiq & Haziq Masuk Rumah Anak Yatim, Mahu Didik Tentang Erti Syukur

Keperibadian Johan

Menerusi hantaran di Threads, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 45, mengimbas kembali momen ketika sesi bermaaf-maafan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri tempoh hari.

Menurut Ozlynn, Johan memberi ucapan panjang lebar untuk mereka sebelum memohon maaf kepada setiap ahli keluarganya dan juga pembantu rumah.

Selamat Hari Raya dari kami Johan dan Ozlynn. Gambar satu keluarga nanti dulu, bagi kami berdua feeling berdua sekejap.

Panjang ucapan papa (panggilan untuk Johan) tahun ini, syahdu je dengar, belum lagi bermaaf-maafan. Sampai dihujung ucapan papa terus cakap dia minta maaf dekat setiap dari kami anak-beranak, daripada saya sampailah ke helper sekali.

Tindakan penyampai radio Hot FM itu kemudian membuatkan seisi rumah terasa sebak kerana tersentuh dengan kata-katanya.

Sedu sedan satu rumah. Terima kasih papa sentiasa ajar dan ingatkan kami tentang syukur dengan nikmat Allah.

Didik dan bimbinglah kami supaya kita sama-sama ke syurga.

Komen netizen 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi sifat bertanggungjawab yang dimiliki oleh pelakon filem Baik Punya Ah Long itu.

Dalam masa yang sama, warganet juga menyifatkan Johan sebagai contoh terbaik untuk kaum Adam yang bergelar suami dan juga bapa.

Untuk rekod, Johan mendirikan rumah tangga bersama Ozlynn pada 25 Julai 2009. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.

Sumber: Threads