Umum mengetahui, anak sulung Johan dan Ozlynn iaitu Ahmad Ariq Hanania telah menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland sejak tahun lalu. Seperti anak perantauan yang lain, Ariq akan berkongsi mengenai kehidupan hariannya bersama ibu tercinta.
Artikel berkaitan: Ozlynn Rindu Anak Sulung Di Ireland, Adik-Adik Pula Selalu Sakat Hantar Gambar Makanan – ‘Malas Nak Jawab Telefon Korang Dah’
Artikel berkaitan: Siap Bawa Air & Skrip Bila Pengarah Kata ‘Cut’, Ozlynn Terharu Anak Lelaki Teman Jadi PA Semasa Shooting – ‘Betul Betul Ikut Cakap Papa’
Di Instagram, Ariq menunjukkan bajet perbelanjaan bulanan yang telah dilakukan olehnya. Menurut Ariq, dia perlu berjimat-cermat kerana ibu bapanya perlu menanggung lima orang lagi adik-adiknya yang masih kecil.
Semakin menyenangkan hati
Dia anak yang ajar kami semua perkara jadi baru, dia yang merasa segala kesusahan dengan kita orang jugak, dia juga anak yang selalu kena belasah dengan papa, dan dia juga anak yang selalu papa sebut dan bangga pada semua orang. Ye, dia anak yang semakin meningkat dewasa semakin menyenangkan hati. Alhamdulillah.
Menurut Ozlynn, dia dan suami banyak belajar benda baru apabila usia Ariq semakin meningkat dewasa. Tambahnya, Ariq seorang anak yang sangat menyenangkan hati mereka berdua. Sebagai ibu, Ozlynn hanya mampu mendoakan perjalanan hidup Ariq dipermudahkan dan berjaya dunia dan akhirat.
Banyak juga yang kita orang belajar bila dia semakin besar. Kadang kami alpa dan setiap kali diuji kami juga belajar perbaiki setiap kesilapan dan kekurangan. Dia juga anak yang buat kami belajar banyak perkara. Allah sentiasa menguji hambaNya untuk menjadi yang terbaik disisiNya. Dan Allah tidak melihat bagaimana hambaNya diuji tapi Allah melihat bagaimana hambaNya menghadapi ujian itu. Sesungguhnya setiap amalan kita bukanlah untuk mencari syurga akan tetapi setiap amalan kita adalah utk mencari Redha Allah krn kita ke syurga atas keredhaan Allah.
Jadi manusia yang sentiasa merendah diri
Berjayanya kamu dalam pelajaran adalah bonus buat papa dan mama tapi berjayanya kamu dalam agama adalah syurga dunia buat kami. Jadilah manusia yang sentiasa merendah diri. InsyaAllah senang hidupmu nanti.
Ozlynn turut memberitahu bahawa dia dan suami akan bekerja keras untuk mencari wang buat Ariq demi kebaikannya pada masa hadapan. Ujar Ozlynn, dia mahu melihat Ariq berjaya dengan cemerlang dan boleh membantu adik-adik yang lain tatkala dirinya sudah tiada lagi. Tambah Ozlynn, dia mahu Ariq mengikut jejak langkah Johan yang sentiasa membantu adik beradik dan orang lain.
Sumber: Jozlynn