Umum mengetahui, anak sulung Johan dan Ozlynn iaitu Ariq telah selamat berangkat ke luar negara bagi menyambung pengajian dipercayai dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland. Seperti ibu yang lain, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail mula meluahkan rasa rindu terhadap anaknya itu.
Mama rindu
Menurut Ozlynn, dia telah menghantar kiriman mesej berbaur rindu terhadap anaknya yang terlalu jauh di mata tetapi dekat di hati. Tambah Ozlynn, dia berasa lega apabila melihat anaknya itu berada dalam keadaan yang baik. Ujar Ozlyn lagi, dia akan melakukan panggilan video bersama Ariq bagi bertanyakan khabar setiap hari.
Mama text cakap rindu, dia terus hantar gambar ni. Tak habis tanya menu lepas itu cara nak masak. Kalau nasi goreng dia memang hebat masak. Sekarang ni adik-adik dia duk pedajai dia makan apa dekat sini semua hantar gambar dekat abang. Lepas itu, video call sampai abang dia cakap malas nak jawab telefon korang dah.
Di samping itu, Ozlynn turut bercerita kepada umum bahawa anak-anaknya yang lain sengaja menganggu abang mereka dengan menghantar foto makanan yang sedap.
Sekejap masa berlalu
Nanti abang Sodiq pula. Macam sekejap masa berlalu kan. Aku pun dah dekat sebulan pantang. Harap dapat melawat abang Ariq nanti. Nampak tak? Ada peluang.
Di akhir posting, Ozlynn merasakan masa berlalu terlalu cepat dan tidak lama lagi giliran anak keduanya pula bakal meninggalkan mereka. Ozlynn turut memberitahu bahawa dia sudah habis pantang dan berharap dapat melawat anaknya itu di Ireland dalam masa terdekat ini.
Sumber: Jozlynn