

Perkongsian di Insagram milik pelakon, Pablo Amirul mencuri perhatian apabila dia memuat naik gambar serta video bersama seorang pakar estetik Sabah, Dr Hana Rose.
Artikel Berkaitan: Hana Rose Dakwa Pemain Bola Sepak Dah Ambil Barang & Lari Rumah -‘Jumpa Di Mahkamah’
Artikel Berkaitan: Pablo Amirul Mahu Fokus Ibadah Selepas Mengaku Terlibat Dengan Ajaran Sesat – ‘Perubahan Itu Penting, Tapi Jangan Lari Landasan’
Bercinta?

Menerusi sebuah hantaran, Pablo mengakui gembira mengenali wanita itu dan menyifatkan sebagai bidadari.
Ya Allah Ya Tuhanku, untuk semua kegembiraan yang kau berikan padaku. Hanya aku mohon rahmat dan restu dariMu. Terima kasih untuk bidadari dari syurga ini, aku cinta.
Sementara itu, wanita tersebut juga dilihat berkongsi momen romantis mereka ketika keluar meluangkan masa bersama-sama.
Aktor berusia 40 itu dan Hana Rose dilihat terbuka berkongsi momen romantis mereka dalam media sosial masing-masing.
Sementara itu, menerusi sebuah laporan media, Hana Rose mengesahkan mereka sedang bercinta dan mempunyai hubungan istimewa dengan Pablo.
Jelasnya, dia mengambil masa hampir dua tahun untuk menyembuhkan daripada hubungan terdahulu sebelum terbuka hati untuk bercinta semula.
Menjengah ke ruangan komen, netizen mendoakan yang terbaik untuk hubungan mereka.
Sebelum ini, nama Hana Rose menjadi bualan hangat apabila dia mendakwa telah dipukul oleh kekasihnya yang juga pemain bola sepak terkenal.
Menerusi pendedahan yang dibuat, wanita itu turut memuat naik gambar kecederaan dan kesan lebam yang dialami pada anggota badannya.
Sumber: Instagram








