Foto: Daily Star
Seorang lelaki berdepan detik cemas dan dikejarkan ke hospital selepas rakannya memasukkan sebiji gelas keluli ke dalam duburnya ketika dia berada di bawah pengaruh alkohol.
Artikel Berkaitan: Malu & Takut Nak Beritahu Isteri, Lelaki Derita Botol Air Tersumbat Dalam Dubur Selama 6 Bulan
Gelas dalam dubur
Foto: Daily Star
Memetik laporan Daily Star, insiden cemas itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia 45 tahun itu keluar minum bersama rakan-rakannya di Surat, Gujerat. Namun siapa sangka, rakan-rakan mangsa kemudian membuat rancangan untuk melakukan satu ‘prank’ atau gurauan terhadap mangsa.
Oleh itu, mereka nekad memasukkan gelas keluli tersebut ke dalam dubur mangsa ketika mangsa dalam keadaan mabuk. Akibat tindakan itu, mangsa segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Keputusan imbasan X-ray mendapati, objek tersebut telah tersangkut di dalam usus mangsa. Susulan daripada itu, doktor cuba mengeluarkan gelas tersebut menerusi rektum mangsa namun tidak berjaya.
Oleh hal demikian, mereka terpaksa melakukan pembedahan pemotongan usus. Difahamkan, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih.
Sumber: Daily Star