Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang lelaki yang digelar ‘pak cik baju hijau’ dituduh sebagai suspek kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang ditemui maut, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pak Cik Baju Hijau’ Dituduh Jadi Suspek Kematian Zayn Rayyan? Anak & Jiran Tampil Jelaskan Hal Sebenar
Artikel Berkaitan: ‘Happy Sangat Waktu Ini’ – Ibu Kongsi Momen Terakhir Sehari Sebelum Zayn Rayyan Hilang
Buat laporan polis
Terbaharu, seorang wanita yang mengaku anak kepada ‘pak cik baju hijau’ memaklumkan bapanya akan membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan.
Menurut wanita terbabit, bapanya telah menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen sedangkan dakwaan tersebut tidak benar.
Saya disini selaku anak kepada ‘pak cik baju hijau’ ingin memaklumkan bahawa ayah saya akan melakukan report polis atas saranan polis sendiri kerana terlalu banyak komen-komen berbau fitnah dan kecaman.
Segala komen akan di screenshot, jadi berhati hati ketika komen, jaga tangan dari menulis benda bukan-bukan.
Wanita terbabit memaklumkan mengenai hal tersebut menerusi satu hantaran di TikTok miliknya.
Dalam hantaran sama, dia turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika meninggalkan komen.
Sebelum komen tu bayangkan kalau ayah atau mak kalian kena tuduh sedangkan niat mereka nak menolong sahaja.
Sebelum ini, tular sepotong video memperlihatkan orang ramai bergegas ke lokasi mayat arwah Zayn ditemui.
Dalam rakaman tersebut, semua penduduk dilihat menuju ke arah mayat. Bagaimanapun seorang lelaki yang memakai baju berwarna hijau dilihat berjalan dari arah bertentengan.
Susulan itu, segelintir netizen meluahkan rasa ragu-ragu dengan individu tersebut sehingga ada yang mendakwa dan menfitnahnya dengan mengatakan dia merupakan salah seorang suspek.
Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.
Zayn kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai dan terbaharu, polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh.
Ketika ini, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek dan kes akan disiasat seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.