berita

Pak Nil Buka Tabung Bantuan Untuk Ibnor Riza

October 3rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi pernah mengutip dana untuk membantu penyanyi, Zamani Slam bagi menjalani pembedahan tulang belakang akibat skoliosis.

Artikel Berkaitan: Tutup Kutipan Dana Untuk Zamani, Pak Nil Ucap Terima Kasih Buat Semua – ‘Memang Luar Biasa’

Artikel Berkaitan: Pak Nil Sebak Tengok Zamani Buat Persembahan Selepas Jalani Pembedahan

Terbaru, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil berkata, dia bakal mengambil insiatif yang sama untuk membantu penyanyi era 1980-an, Ibnor Riza yang menderita kanser limfoma tahap empat.

Tergerak hati nak tolong

Di Instagram, Pak Nil dilihat bertemu dengan Ibnor di sebuah majlis. Mereka sempat bercakap sedikit mengenai soal kesihatan pada waktu itu. Tambah Pak Nil, dia tergerak hati untuk membantu selepas melihat video luahan Ibnor yang terpaksa menjual tiga kereta miliknya bagi membiayai kos rawatan kanser yang dihidapi.

Dia cakap dia masih lagi nak menyanyi untuk tampung hidup, kos kesihatan dan juga kos sara hidup. Pak Nil tak tahulah dalam keadaan kesihatannya sebegitu, berapa banyaklah ‘show’ dia mampu buat.

Dan berapa banyak duit yang boleh dia kumpul untuk kelangsungan hidup dan kos perubatan beliau kena buat kemoterapi dan pada waktu yang sama kos perubatannya sangatlah mahal.

Pak Nil terpanggil sekali lagi untuk membantu penyanyi Ibnor Riza yang kita membesar dengan lagu-lagunya.

Ujar Pak Nil lagi, setiap orang boleh mendoakan agar Ibnor sembuh tetapi pada waktu sama doa saja tidak mencukupi. Untuk itu dia ingin bersama-sama pengikutnya melakukan kerja yang pernah dilakukan.

Kali ini Pak Nil buka akaun Pak Nil untuk anda sampaikan derma infak anda kepada abang Ibnor Riza. Beliau sendiri tak minta untuk derma ini dilakukan. Pak Nil tahu sebagai seorang anak seni, beliau rasa beliau masih lagi boleh cari duit dalam keadaan beliau sekarang.

Pak Nil terfikir ini mungkin melambatkan proses untuk mendapatkan duit atau ia akan menganggu lebih teruk lagi kesihatan beliau.

Meskipun tidak meminta untuk dibantu, sebagai penggiat seni Pak Nil tetap mengambil inisiatif menolong Ibnor Riza.

Video

Sumber: Aznil

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×