berita

Pakar Bedah Didakwa Rogol, Catatan Diari Bongkar Perbuatan Cabul 200 Kanak-Kanak Lain

November 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes rogol dan cabul terhadap kanak-kanak nampaknya tidak pernah reda malah sering dilaporkan berlaku di seluruh dunia. Malah sebelum ini negara juga pernah digemparkan dengan kes membabitkan seorang penjenayah pedofil warga Britain atas kesalahannya melakukan pencabulan dan gangguan seksual terhadap ratusan kanak-kanak di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Terbaru di Perancis, pendakwa raya memberitahu seorang pakar bedah negara itu yang didakwa atas kesalahan merogol dan menyerang seksual empat kanak-kanak sebenarnya turut dipercayai mencabul hampir 200 kanak-kanak lain.

Rogol anak jiran

Menerusi laporan Berita Harian, tertuduh Joel Le Scouarnec akan dibicarakan pada Mac tahun depan atas dakwaan merogol anak perempuan jirannya, selain turut melakukan serangan seksual dan perbuatan tidak senonoh.

Dakwaan yang dikenakan terhadap tertuduh berusia 68 tahun itu meliputi kesalahan sepanjang tiga dekad ketika dia berkhidmat di sebuah hospital yang terletak di tengah dan barat Perancis.

Jumpa diari

Tuduhan pertama terhadap lelaki itu bertarikh awal 2017 ketika ibu bapa seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang tinggal berjiran dengan tertuduh di bandar Jonzac menuduh dia merogol anak mereka.

Tidak cukup dengan itu, dia juga dituduh merogol seorang saudaranya yang masih muda selain turut menyerang secara seksual seorang lagi dan mendera seorang pesakit.

Selepas tuduhan dikenakan, penyiasat mula membuka siasatan kedua apabila menemui sebuah diari rahsia yang menyaksikan Le Scouarnec menceritakan adegan seks membabitkan ramai kanak-kanak.

250 mangsa dikenal pasti

Apa yang mengejutkan, tertuduh turut menyebut nama semua kanak-kanak terbabit di dalam diarinya dan secara tidak langsung membolehkan polis mengesan mereka untuk mendapatkan keterangan.

250 kanak-kanak mangsa pedofilia ini dikenal pasti masih berada dalam batas undang-undang ketika siasatan kedua.

Polis menyoal siasat 209 daripada mereka, sebahagiannya masih ingat dengan jelas kejadian itu.

Selain daripada diari tersebut, siasatan terbaru juga menjumpai banyak imej pornografi kanak-kanak dan patung seks di dalam rumah tertuduh.

Kes membabitkan lelaki tersebut disifatkan sebagai kes pedofilia terbaru di negara itu.

Sumber: Berita Harian, NDTV

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×