berita

Paksa Isteri Buat Seks Luar Tabii, Suami Dituduh Bersubahat Dengan Tukang Urut

July 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

seks luar tabii

Seorang pekerja utiliti didakwa di Mahkamah Sesyen, semalam, atas tuduhan bersubahat dengan seorang tukang urut untuk melakukan seks luar tabii terhadap isterinya, dua minggu lalu.

Boleh dipenjara 30 tahun

Seks luar tabii

Menerusi laporan Berita Harian, tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Faham, tidak (mengaku bersalah).

Lelaki berusia 41 tahun itu didakwa dengan niat bersubahat dan mengarahkan bersama-sama seorang lelaki memaksa isterinya berusia 40 tahun untuk melakukan perbuatan seks luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan tanpa kebenaran mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kondominium di Sentul antara 8.30 malam hingga 10 malam pada 13 Julai lalu. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377CA kanun sama. Jika sabit kesalahan bapa tiga anak itu boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip manakala tertuduh diwakili peguam Ashraf Fahmi Abdul Aziz.

Terdahulu, Nidzuwan tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan berat selain mempunyai hubungan dengan mangsa iaitu suami isteri.

Tertuduh adalah suami kepada mangsa tetapi bertindak tidak sepatutnya kepada isteri, pelaku (tukang urut) itu telah dituduh di mahkamah sesyen yang lain hari ini dan telah diberikan jaminan.

Bagaimanapun jika jaminan ditawarkan saya cadangkan RM50,000 dengan seorang penjamin tempatan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan lain sehingga kes selesai.

Ashraf Fahmi memohon supaya wang jaminan dikurangkan dan tidak membebankan tertuduh.

Sementara itu, di mahkamah sesyen berasingan, tukang urut yang sama mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan perhubungan seks dengan wanita sama dengan memasukkan jari dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran,.

Tertuduh, Muhamad Khairul Mustakim Ismail, 42, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norina Zainol. Kesalahan itu dilakukan di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Oleh itu, bapa seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×