
Solat Tarawih merupakan solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan selepas solat Isyak sehingga sebelum terbit fajar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Moreh Sampai Lupa Fadilat Ramadan – ‘Tak Salah, Tapi Sepatutnya Selepas Tarawih’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jika Solat Fardhu Belum Qada, Kita Tak Boleh Lakukan Solat Tarawih? Ini Penerangan Ustaz Azhar Idrus
Panduan solat Tarawih di rumah

Solat Tarawih boleh dilakukan secara bersendirian di rumah dan hukumnya sah serta digalakkan terutama jika terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan untuk melaksanakannya di masjid.
Bilangan rakaat solat Tarawih biasanya 8 atau 20 rakaat, bergantung pada kemampuan dan ia dilakukan dua rakaat satu salam sehingga cukup bilangan yang dipilih.
Panduan ini khas bagi umat Islam sebagai langkah menunaikan solat Tarawih dengan mudah dan jelas.
- Niat solat sunat tarawih
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى (Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala).
2. Solat Tarawih 2 rakaat (pertama)
- Dimulakan dengan 2 rakaat pertama, yang diakhiri dengan satu salam. Solat ini dilakukan secara berpasangan.
3. Solat Tarawih 2 rakaat (kedua)
- 2 rakaat kedua dilakukan seperti rakaat pertama, juga dengan satu salam. Ini melengkapkan empat rakaat pertama solat Tarawih.
4. Doa antara Tarawih
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِينَا وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ
Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.
5. Solat Tarawih 2 rakaat (ketiga)
- Selesai doa antara Tarawih, diteruskan dengan 2 rakaat seterusnya, diakhiri dengan satu salam. Ini menambah bilangan rakaat tarawih yang dilakukan.
6. Solat Tarawih 2 rakaat (keempat)
- 2 rakaat terakhir untuk melengkapkan 8 rakaat (jika memilih 8 rakaat). Ia juga diakhiri dengan satu salam sebagai penutup.
7. Solat sunat witir
- Solat ini dilakukan dalam bilangan ganjil (1, 3 atau 5 rakaat) sebagai tanda penutup ibadah malam.
8. Doa selepas Solat Tarawih (Doa Kamilin)
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.
الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا بِالْإِيْـمَانِكَامِلِيْنَ وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنَ وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ.
وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ وَبِالْـهُـدٰى مُتَمَسِّكِيْنَ وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْن وَفِى الْاٰخِرَةِ رَاغِبِيْنَ وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ.
وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ وَعَلَى الْبَلَايَا صَابِرِيْنَ. وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ وَاِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ وَفِي الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ وَبحُوْرٍ عِيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاِسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ اٰكِلِيْن وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفَّيْنِ شَارِبِيْنَ. بِاَ كْوَابٍ وَاَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ مَعَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا فِى هٰذِهِ اللَّيْلَةِ الشَّهْرِ الشَّرِيْفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَاءِ الْمَقْبُوْلِيْنَ وَلاَ تَجْعَلْنَا اللَّهُمَّ مِنَ الْاَشْقِيَاءِ الْمَرْدُودِيْنَ إِلٰـهَنَا عَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرِ اللّٰهُمَّ لَنَا وَلِوَالِدِينَا وَلِأُمَّهَاتِنَا وَلِأِخْوَانِنَا وَلِأَخَوَاتِنَا وَلِأَزْوَاجِنَا وَلِأَهْلِ بَيْتِنَا.
وَلِأَجْدَادِنَا وَلِجَدَّاتِنَا وَلِمَشَائِخِنَا وَلِمُعَلِّمِينَا وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلَامَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَى عَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَّاةِ وَالْزُّوَارِ وَالْمُسَافِرِينَ وَالْمُقِيمِينَ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِينَ وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ يَا مُـجِيبَ السَّائِلِينَ وَاخْتِمْ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنْكَ بِـخَـيْرِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.
Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.
Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.
Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.
Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.
Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.
Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.
Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.
Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Penuhilah bulan Ramadan dengan merebut peluang yang penuh keberkatan ini untuk mendekatkan diri kepada Allah, memohon keampunan serta memperbanyakkan amal ibadah.
Sumber: Aku Islam








![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)