berita

Panggilan Mufti Wilayah Persekutuan Terjawab, Iqram Dinzly Tampil Beri Respon

December 28th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli al-Bakri telah mempelawa pelakon Iqram Dinzly untuk datang ke Pejabatnya di Putrajaya untuk sesi perkenalan. Jemputan yang ditulis secara terbuka menerusi Facebook itu susulan perlakuan pelik pelakon tersebut yang kian viral sejak kebelakangan ini. Dalam surat itu, Zulkifli menyatakan niat untuk mengenali pelakon itu dengan lebih dekat serta berbincang tentang masalah yang dihadapinya.

Artikel berkaitan: ‘Kami Menjemput Saudara Iqram Hadir Ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan’ – Dr. Zulkifli Mohamad

Nampaknya, ‘panggilan’  Zulkifli telah pun terjawab. Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram Iqram sebentar tadi.

Menolak pelawaan Mufti untuk berkomunikasi

https://www.instagram.com/p/BdNQRP7BkvM/?hl=en&taken-by=iqramdinzly

Entrinya itu melihat Iqram menolak pelawaan Zulkifli untuk berkomunikasi di Kuala Lumpur. Sebaliknya, pelakon itu mencadangkan agar sesi itu dibuat di rumahnya di Perak. Dalam penjelasannya, Iqram meluahkan enggan meninggalkan ibunya yang kini masih dalam edah selepas pemergian suami.

Buat Mufti Wilayah @drzulkifli.albakri Yang hamba hormati , hamba mengucapkan bebanyak terima kaseh kerna sudi prihatin dengan apa yang terjadi.

Maaf sekiranya hamba menolak untok berjumpa dengan tuan hamba di #kualalumpur untok berkomunikasi . Lebih afdalnya , hamba jemput tuan hamba sudi ke #TalaqqiDinzlyStudio untok mengupas lebih mendalam segala yang terjadi bersama bonda disisi dan fahami lebih situasi yang terjadi.

Kerna hamba hormat keputusan bonda yang tidak mahu kemana – mana selagi maseh iddah dan beliau sedang usaha untok bersemangat kerana terlalu rindu terhadap ayahanda hamba, #papakuterlantarlagi .

Iqram dalam masa yang sama turut merakam ucapan terima kasih kepada Mufti kerana sudi mengambil berat tentang perihalnya serta merakam kesudian untuk menerima kedatangan beliau di masa terdekat.

Sumber: Instagram Iqram Dinzly

SKIP THIS AD ×