berita

‘Panjat Rumah Nak Ambil Gambar Aib Aku’ – Anju Dakwa Bekas Suami Minta RM10k Untuk Lafaz Cerai, Pernah Dicekik

June 6th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Kemelut rumah tangga selebriti terkenal iaitu Zarina Anjoulie bersama bekas suaminya yang dikenali dengan nama Eilyas Azhar nampaknya masih belum berakhir.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Lelaki Asyik Ugut Nak Cerai, Pergilah.. Aku Ada Maruah’ – Zarina Anjoulie

Artikel Berkaitan: ‘Aku Dah Banyak Bagi Muka Sampai…’ – Bekas Suami Jawab Isu Zarina Anjoulie Minta Beg

Artikel Berkaitan: ‘Aku Bukan Sugar Mummy Kau’ – Zarina Anjoulie Minta Bekas Suami Pulangkan Beg, Telefon

Hal ini kerana, semalam, Zarina menerusi akaun Instagram miliknya ada berkongsi beberapa status yang mendakwa bekas suaminya itu telah bertindak di luar batasan sehingga tergamak mengambil gambar ‘aibnya’ secara senyap-senyap.

Panjat pagar ambil gambar aib Zarina

Zarina Anjoulie mendakwa lelaki terbabit telah memanjat pagar rumahnya pada waktu malam semata-mata mahu mengambil gambarnya dalam keadaan aib untuk digunakan sebagai bahan ‘ugutan’.

Dia ni akan akan dengan semua orang bersebab dan benefit dia tapi dia berlakon mangsa dan play victim. Dia ni manis mulut putar cerita tu kepakaran dia.

Oleh hal yang demikian, Zarina kemudian bertindak membuat laporan polis. Dakwa Zarina lagi, bekas suaminya itu tergamak ‘mencuri’ duitnya malah wang tersebut dipercayai masih belum dibayar sehingga kini.

Duit bini sendiri pun nak curi. Kata tak hadap duit, tapi minta aku duit dan kalau tak hadap, bayar lah balik duit aku. Kata tak hadap.

‘Terus private akaun, nak famous’

Tergamak hantar orang untuk ugut

Tidak terhenti di itu, Eilyas juga dikatakan pernah memukul dan mencekik Zarina di hadapan adiknya, pembantu rumah dan anak kandungnya sendiri. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di rumah keluarga Zarina.

Aku kena bantai pasal first time aku nak check phone dia! Phone yang aku kasi! Dia bantai aku sebab dia tak puas hati.

Bercerita dengan lebih lanjut, Zarina memaklumkan sebelum ini dia hanya berlembut memaafkan dan tidak mahu menyaman bekas suaminya itu kerana kasihan akan ibu bapa mertuanya itu. Tetapi kali ini, Zarina mengakui dia sudah hilang sabar selepas lelaki itu dikatakan telah menghantar orang untuk mengugutnya.

Minta lafaz cerai kena bayar RM10k

Sementara itu, menerusi perkongsian lain, Zarina Anjoulie turut memuat naik screenshot perbualan bersama bekas suami yang didakwa telah meminta RM10,000 untuk melafazkan talak kepadanya. Dakwa Zarina, setiap tindakan bersama bekas suami pasti memerlukan wang.

Oleh itu, pada suatu hari dia dikatakan sengaja ‘memancing’ Eilyas dengan menawarkan lelaki itu sejumlah wang untuk melafazkan cerai. Jelas Zarina, perbualan itu akan dijadikan sebagai bahan bukti untuk diserahkan kepada polis dan peguam.

Sumber: Zarina Anjoulie

SKIP THIS AD ×