berita

‘Aku Bukan Sugar Mummy Kau’ – Zarina Anjoulie Minta Bekas Suami Pulangkan Beg, Telefon

May 3rd, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pelakon, Zarina Anjoulie sekali lagi memberitahu umum bahawa dia dan suami sudah bercerai. Berita tersebut dikongsikan Zarina sendiri di akaun Instagramnya.

Artikel berkaitan: Zarina Anjoulie Sah Cerai Dengan Suami Sekali Lagi

Artikel berkaitan: Zarina Anjoulie Jual Barang ‘Preloved’ Milik Bekas Suami?

Terbaru, Anju memuat naik satu posting di mana dia meminta semula beberapa barang yang diberikan olehnya kepada bekas suaminya itu.

Nak telefon dan beg semula

Tak apa la bro, semua duit aku bagi kau aku halalkan. Tapi aku nak telefon aku balik dengan beg aku ye. Sebab kau kena faham aku bukan sugar mummy kau.

Menurut Anju, semua duit yang pernah dia beri kepada Eilyas sudah dihalalkan. Cuma, dia hanya mahu telefon dan beg miliknya semula. Tambahnya, dia bukan ‘sugar mummy’ kepada bekas suaminya itu.

Kalau dah setiap kali gaduh suami minta cerai ha cerai la den tak hadap la. Aku ada maruah. Nak cakap aku semak? Aku tak pernah sekali complain kau tak bagi aku apapun. Aku tak pernah complain kau tak boleh bagi aku rumah, kereta, bawa aku shopping macam suami lain sebab aku terima kau seadanya. I’m glad its over.

Jelas Anju lagi, setiap kali mereka bergaduh dan suaminya mahu bercerai. Oleh itu, dia akur dengan keputusan tersebut memandangkan dia seorang yang mempunyai maruah. Ujarnya lagi, tidak salah seandainya dia mahu meminta barangan miliknya semula.

Pernah promosi barangan ‘preloved’ suami

Sebelum ini, Anju dan suami pernah bercerai dengan cara baik memandangkan mereka berdua sudah tidak mempunyai keserasian lagi.

Anju juga pernah kelihatan mempromosikan barangan ‘preloved’ yang dipercayai milik bekas suaminya itu sebaik sahaja mereka sah bercerai tempoh hari. Antara koleksi ‘preloved’ yang dijual olehnya pada masa itu ialah beg, kasut dan sandal. Jelasnya, semua koleksi tersebut dibeli di sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur.

Sumber: Zarina Anjoulie

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×