berita

‘Para Lelaki, Jadilah Suami Paling Baik & Romantik Seperti Rasulullah’

September 11th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setiap perkahwinan, pasti mempunyai asam garam kehidupan yang perlu dilalui. Membesarkan dan menguruskan amanah Allah, iaitu anak-anak merupakan salah satu daripadanya. Meskipun begitu, timbul juga isu apabila golongan isteri dibiarkan menjaga anak seorang diri dan dilayan seperti orang gaji sewaktu di rumah. Hal ini disifatkan sebagai tidak adil kerana ianya tanggungjawab bersama.

Menerusi Facebook Ustaz Ebit Lew, dia berkongsi punca utama para isteri selalu bersikap kasar terhadap anak-anak. Tambahnya, punca tersebut mempunyai hubung kait dengan sikap para suami juga.

Memahami hati para isteri

https://www.facebook.com/ebitlew/videos/2416085678509701/

Menurut Ebit Lew, rumahtangga paling bahagia ialah rumahtangga Rasulullah saw. Jadilah orang paling baik dan romantik seperti Rasul saw. Bila pulang ke rumah baring atas riba isteri. Atau isteri baring di atas riba kita. Saling mengusap dahi dengan cinta dan kasih sayang. Setelah berpenat berjuang di luar sana. Dakapan pasangan yang kita cintai ialah tempat paling indah. Mengubat segala duka dengan izin Allah.

Rasulullah saw berpelukan menangis kerana keletihan dan diuji dengan pukulan, cacian, kesusahan yang amat dahsyat di luar sana..rumahku syurgaku, baiti jannati. Memuji dan memanggil isteri atau suami dengan panggilan paling disukai. Wahai bidadariku yang menawan, yang cantik, kekasih hati teman hidupku. Menemuimu dalam hidup ini perkara yang terindah. Kaulah bulan. Kaulah matahari. Kaulah kurnia Allah yang terindah dalam hidup ini.

Usap tangan dan paha pasangan

Sekadar gambar hiasan

Rasulullah saw memanggil isteri dengan gelaran dan panggilan terindah. Mengusap tangan dan peha pasangan. Sambil ucap dan lafazkan sayang. Saya cinta dan sayang awak sampai syurga. Saya ingin terbang bersama sayang dalam syurga. Berlemah lembut dan lunakkanlah suara bersama pasangan. Perkataan dari hati yang mencintai dan bersyukur. Mereka bukan milik kita. Tapi amanah Allah yang untuk kita cintai dan bawa bersama ke syurga. Jangan sesekali berkasar..dengan wajah bengis, bahasa kasar semua orang lari darimu.

Mandi bersama dan bergurau semasa mandi bersama. Rasulullah saw mandi bersama isterinya. Dukung dan rapatkan pipi. Dengan kasih sayang dan manja. Bergurau dan sekali sekala main kejar-kejar dengan pasangan bagi yang sihat. Berlari bukakan pintu rumah atau kereta bagi pasangan. Berebut nak angkat barang atau anak semasa bersama. Bersama dengan manja dan kasih sayang. Bergurau dan menghargai pasangan. Layan mereka seperti permaisuri. Sedia berkorban buat pasangan. Jangan kedekut dan berkira. Pastikan biar saya lapar takper tapi jangan biar pasangan susah.

Tahajud bersama-sama

Sekadar gambar hiasan

Galakkan suami ke masjid Solat Fadhu berjemaah di masjid. Sediakan isteri dan anak-anak perempuan solat awal waktu di rumah..jadikan rumah macam masjid. Bangun tahajud sama-sama menangis waktu malam. Buat Ta’lim dengan keluarga. Mencintai Rasulullah saw. Belajar ilmu dan Al-Quran. Mendengar kisah Nabi saw dan sahabah. Berlumba-lumba memberi khidmat dan ringan tulang..berlumba mencari baik pasangan. Berlumba memberi kemaafan kepada pasangan.

Rajin memberi kejutan dan hadiah buat pasangan kerana Allah. Berusaha menawan hatinya setiap hari. Kita bukan orang sempurna tapi kita ingin jadi orang yang Allah sayang dan redhai. Buatlah semua ini kerana Allah..tuhan kita. Seluruh hidup kita dia beri segalanya. Menjadi pendengar yang baik. Mendengar dengan hati dan perasaan. Mendengar ialah syarat cinta yang pertama. Belajar mendengar dan memahami. Kita akan mencintai dan dicintai.

Suap menyuap pasangan

Sekadar gambar hiasan

Makan satu bekas. Minum dari bekas yang sama. Sekali sekala suap menyuap. Sikatkan rambut dan ptongkan kuku. Bersama-sama dalam membuat sesuatu. Bermesyuarah dalam keluarga dengan suami menjadi amir/ketua. Keberkatan dalam keputusan suami yang hasil mesyuarah setelah dengar cadangan isteri dan anak-anak. Keputusan dengan letak Allah dan Rasul saw di depan. No 1 dalam hidup. Bawa pasangan berjuang di jalan Allah dan galakkan suami berjuang di jalan Allah.

Saling mencintai tapi kadang-kadang sedia berkorban demi Islam tersebar ke seluruh dunia. Khadijah ra habiskan semuanya demi Islam tersebar dan hidup. Waktu malam atau lepas solat Fardhu sebut nama pasangan yang dicintai di depan Allah. Ya Allah betapa kasih diriku kepadanya, kau ampunkan dan berilah syurga tertinggi buatnya. Berilah bahagia dalam hatinya. Cinta itu tiada istilah jemu dan letih dalam melaluinya atau mengungkapnya sehingga masuk syurga. Itulah cinta sejati yang tidak semua memahaminya melainkan yang telah mengecapi dan melaluinya…itulah Rasullulah saw dan para sahabah rhum – Ebit lew.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×