berita

Park Seo Joon Buat Peminat Malaysia Angau, Tak Boleh ‘Move On’

February 27th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Bagi peminat drama korea semestinya mengenali pelakon terkenal, Park Seo Joon. Pada Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia teruja apabila MILO merealisasikan impian mereka untuk #JomMinumMILO bersama Sahabat MILO, Park Seo Joon di Sunway Pyramid.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adriana Adnan Menangis Dapat Bergambar Park Seo Joon – ‘Biasalah Bila Dah Jumpa Idola Sendiri’

Tak sangka ramai tunggu

Ketika ditemui OhBulan!, Park Seo Joon teruja selepas mengetahui MILO adalah jenama kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Difahamkan, ini adalah kali pertama aktor berumur 35 tahun ini mengunjungi Malaysia.

Sebelum ini saya pernah mendengar bahawa MILO ini jenama kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Setelah merasai sendiri kekuatan tenaga semua yang hadir hari ini (Sabtu), tidak syak lagi rakyat Malaysia benar-benar menggemari MILO.

Selain itu, pelakon drama What’s Wrong with Secretary Kim tidak menyangka akan menerima sambutan yang luar biasa daripada peminat yang rata-ratanya sudah menunggu seawal 7 pagi.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua peminat yang hadir dan tidak sangka ia seramai ini.

Saya berbangga untuk berada di sini bersama peminat.

Pada acara tersebut, peminat setia bersorak gemuruh ketika Park Seo Joon berkongsi cara kegemarannya menikmati MILO beserta slogan kempen yang ikonik, ‘Jom Minum MILO.’

Para pengunjung turut disajikan dengan nyanyian lagu tema MILO iaitu Kitalah Juara nyanyian Ayda Jebat, Jestinna Kuan dan Rabbit Mac.

Berjaya bawa ke Kuala Lumpur

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO, Nestle (Malaysia) Berhad iaitu Ng Su Yen berkata mereka gembira kerana berpeluang membawa Park Seo Joon lebih dekat dengan rakyat Malaysia.

Kami gembira kerana berpeluang membawa Sahabat MILO lebih dekat dengan rakyat Malaysia, di mana Malaysia merupakan pasaran MILO terbesar di dunia.

Sesiapa sahaja yang menggemari MILO merupakan sahabat MILO. Justeru, kami ingin menonjolkan tenaga Sahabat MILO, Park Seo Joon kepada rakyat Malaysia serta menunjukkan bagaimana varian MILO kegemaran beliau memenuhi keperluan gaya hidup aktifnya.

Inilah keunikan rangkaian varian stik pek MILO. Kami menawarkan pelbagai jenis MILO kegemaran anda supaya anda juga boleh memilih satu atau apa jua pilihan yang serasi dengan keperluan serta gaya hidup anda.

Varian stik pek MILO merupakan rangkaian produk MILO berkhasiat yang sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan dan kepelbagaian dengan rasa MILO hebat.

Varian tersebut termasuk MILO 3 in 1, MILO Original, MILO with Whole Grain Cereal, MILO Less Sugar dan MILO-FIBRE yang menawarkan lebih kebaikan serta nutrisi yang menepati pelbagai keperluan pengguna, termasuklah Park Seo Joon yang menjalani gaya hidup aktif.

Untuk maklumat lanjut tentang Kolaborasi Bertenaga MILO x Park Seo Joon, layari www.milo.com.my/energetic-collaboration.

SKIP THIS AD ×