Bagai bulan jatuh ke riba. Itu perumpaan yang sesuai buat pengacara dan pelakon Adriana Adnan apabila terpilih antara 20 orang pemenang bertuah untuk bertemu secara dekat dengan pelakon terkenal Korea, Park Seo Joon, pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terlampau Teruja Bakal Jumpa Park Seo Joon, Adriana Adnan Terus Sujud Syukur
Artikel Berkaitan: Tak Sabar Jumpa Park Seo Joon, Adriana Nak Beratur Seawal 8 Pagi! – ‘Saya Nak Tengok Dia Dengan Dekat’
Jumpa idola
Ketika ditemui OhBulan!, Adriana akui teruja sehinggakan menangis kerana tidak menyangka akan memenangi cabutan bertuah yang diadakan ketika acara ‘Jom Minum MILO bersama Park Seo Joon’.
Saya hanya mahu berjumpa dengan dia tetapi tidak sangka pula dapat peluang untuk bertemu secara dekat untuk sesi fan signing.
Sedar tindakannya itu dianggap keterlaluan, selebriti berumur 28 tahun itu menyatakan kehadirannya ke Sunway Pyramid atas ‘tiket’ sebagai peminat tegar yang sudah bersusah payah memasuki peraduan.
Semua orang ada idola mereka sendiri. Saya memang minat menonton drama korea. Dengan usaha sendiri untuk masuk peraduan, saya tidak guna tiket sebagai media atau selebriti.
Saya tahu memang akan ada netizen yang mempertikaikan reaksi spontan (menangis) saya. Saya ini memang jenis expressive.
Biasalah bila dah jumpa idola sendiri kan. Saya rasa orang lain pun macam itu. Cuma bezanya, reaksi mereka tidak direkod.
Jadikan sebagai inspirasi
@ohbulanofficial Bagai bulan jatuh ke riba chuallsssss ???????? #ohbulan #fyp #sembangentertainment #viral #adrianaadnan #bergambar #dengan #parkseojoon ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, anak kepada pengacara televisyen, Zamzarina Zambri mengakui dia menjadikan lakonan Park Seo Joon sebagai ‘reference’ ketika menghasilkan sebuah karya.
Saya memang suka sangat dekat Seo Joon sejak drama Fight For My Way pada 2017. Lakonannya sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk saya kerana dia seorang yang ikhlas.
Tadi masa dapat bertemu dengan dia saya boleh nampak dia memang baik. Saya sangat gembira serta betul-betul tidak sangka dapat berjumpa sedekat itu.
Selain Adriana, antara barisan selebriti yang turut sama hadir adalah Yaya Zahir, Hani Fadzil, Siti Khadijah, Ayda Jebat dan Nabil Mahir.