Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kesal berikutan lawak lucah dan double meaning masih dinormalisasikan sehingga kini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lan Pet Pet Minta Maaf Kepada Fazura Isu Lawak Lucah – ‘Saya Tidak Mempunyai Sebarang Niat’

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sampai Tukar Skin Tone Bila Pakai Foundation, Letak Blusher Macam Kena Penampar’ – Fazley Yaakob

Bukan bahan lawak

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob, 48, menggesa agar gurauan yang disifatkan melampaui batas itu segera dihentikan, tambahan pula media sosial boleh ditonton oleh golongan kanak-kanak.

Pasal ketat, kering dan basah untuk dimasukkan dalam lawak patut dihentikan dah sebenarnya!

Semua ini tidak sepatutnya jadi tontonan umum, budak-budak pun ada akses pada benda yang sama kita tengok.

Menurut Fazley, tahap kesedaran masyarakat hari ini sudah berubah, maka berdiam adalah lebih baik daripada terus mengulang jenaka yang dilihat tidak sesuai dengan sensitiviti seseorang.

Dulu lawak double meaning jadi kelakar sebab kita belum ada kesedaran seperti sekarang.

Kalau masih belum sedar, diam lebih mulia.

Terdahulu, nama pelawak Lan Pet Pet menjadi bualan hangat selepas berseloroh secara lucah dan double meaning terhadap pelakon, Fazura.

Lan kemudiannya tampil memohon maaf terhadap aktres tersebut. Tidak lama kemudian, Fazura dalam sebuah kenyataan memilih untuk memaafkan keterlanjuran anggota kumpulan Senario itu.

Sumber: Threads