berita

Pasangan Kekasih Ditemui Maut Dalam Kereta Diselubung Kanvas

September 7th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Dua indvidu yang dipercayai merupakan pasangan kekasih ditemui maut dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di kawasan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka.

Pasangan maut dalam kereta

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Utusan Malaysia, kedua-dua mangsa iaitu seorang pemuda berusia 20 tahun dan seorang pelajar perempuan 16 tahun dipercayai merupakan pasangan kekasih. Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka iaitu Datuk Razali Abu Samah, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian.

Pemeriksaan lanjut menjumpai seorang pemuda di tempat duduk pemandu dan perempuan di bahagian penumpang hadapan dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ketika ditemui, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan lengkap berpakaian. Difahamkan, kenderaan tersebut ditutupi kain kanvas berwarna kelabu.

Hasil maklumat awal, pihak polis telah dimaklumkan oleh rakan remaja perempuan terbabit bahawa dia telah menghantar si mati ke lokasi tersebut pada pukul 4 petang semalam, bagi berjumpa pemuda berkenaan.

Pihak polis mengesyaki pasangan tersebut meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida susulan pendingin hawa dalam keadaan dihidupkan dan kereta berkenaan kehabisan petrol.

Kita bagaimanapun percaya kedua-dua mereka tidak melakukan perbuatan sumbang. Si mati lelaki baru sahaja menamatkan pengajian di Kelantan dan kekasihnya adalah pelajar tingkatan empat di sini.

Insiden tersebut dipercayai tiada sebarang unsur jenayah. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×