berita

Pasangan Kekasih ‘Kantoi’ Berkelakuan Tidak Senonoh Selepas Buka Puasa – ‘Mereka Memang Terlampau Mesra’

April 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan berani sepasang kekasih yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh selepas berbuka puasa di Dataran Lembang, daerah Bandung Barat, Indonesia mengundang padah selepas ‘aktiviti’ mereka berjaya dirakam sebelum dimuat naik di laman Facebook.

Tindakan berjaya dirakam

Foto: Detik.com

Menerusi laporan Detik.com, video pendek berdurasi 16 saat itu tular dan dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Resty Edoy dan dia merakam aksi tersebut berikutan berada di tempat kejadian. Video pendek tersebut memaparkan sepasang kekasih yang sedang duduk di tangga sebelum dilihat seorang lelaki yang cuba mencium kekasihnya.

Memang saya yang rakam video itu kerana tidak selesa melihat perkara itu dilakukan di tempat awam. Kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) sejurus selepas berbuka puasa.

Dakwa individu ini lagi, pasangan ini bukan sahaja berkucupan malahan lelaki itu cuba memeluk teman wanitanya yang kelihatan jauh lebih muda daripadanya.

Mereka memang terlampau mesra. Sebelum itu, saya terserempak dengan mereka ketika mahu membeli makanan ringan. Lelaki itu terus memeluk teman wanitanya, padahal ramai kanak-kanak di sana. Takut menjadi contoh yang tidak baik.

Ujar Resty lagi, dia pada mulanya berniat untuk menegur perbuatan tersebut namun cubaannya gagal.

Sumber: Detik.com

SKIP THIS AD ×