Pasangan kekasih didakwa menyimpan mayat anak yang berusia lapan tahun selama tiga bulan dengan membawa bersama mengembara di seluruh negara.
Hal ini kerana mereka ingin meluangkan lebih banyak masa bersama anaknya yang telah meninggal dunia itu.
Artikel Berkaitan: Yakin Anak Hidup Kembali, Suami Isteri Simpan Jenazah Anak Lebih 2 Bulan Di Rumah
Artikel Berkaitan: Anak Tikam Ibu, Simpan Mayat Sampai Berbau & Reput Dalam Bilik Mandi Selama 4 Bulan
Bawa jalan bersama
Menerusi laporan Law & Crime, pasangan yang berasal dari Washington itu kini dituduh atas satu tuduhan di mana mereka gagal memberitahu penguatkuasa undang-undang mengenai kematian anaknya.
Kanak-kanak itu meninggal dunia di Airway Heights sebelum Halloween 2022.
Menurut pihak polis, pasangan tersebut berjaya ditemui di sebuah kediaman dengan van yang memiliki keranda didalamnya setelah mendapat panggilan daripada individu yang melaporkan mereka dalam perjalanan dari Washington ke Pine Ridge.
Difahamkan, mereka tidak ingin sebarang masalah timbul dengan menyimpan mayat anaknya. Oleh disebabkan itu, mereka membuat keputusan untuk merahsiakan kematian tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak polis telah mengenal pasti bahawa si mati merupakan anak angkat kepada salah seorang pasangan tersebut dan punca kematian masih belum diketahui.
Sumber: Law & Crime