Sebelum ini, nahas jalan raya melibatkan pasangan pelakon dari Indonesia iaitu Vanessa Angel dan suami, Bibi Andriansyah menjadi perhatian ramai. Malah ramai dalam kalangan netizen bersimpati dengan nasib anak pasangan ini iaitu Gala Sky yang kini menjadi yatim piatu.
Artikel Berkaitan: Pasangan Pelakon Maut Kemalangan, Anak 1 Tahun Jadi Yatim Piatu, Pemberita Nangis Di Live TV Saat Temubual Saksi
Mengaku ada hubungi ibu bapa
Foto: Tribunnews
Menerusi sumber media Indonesia, Tubagus Joddy adalah individu yang memandu kereta pasangan ini sewaktu kemalangan nahas. Difahamkan, kereta terbabit membawa seramai lima orang termasuk Vanessa, Bibi, Gala dan seorang pengasuh. Kemalangan ngeri yang berlaku telah mengorbankan dua nyawa iaitu Vanessa dan Bibi. Tetapi apa yang menjadi perhatian ramai adalah tindakan Joddy yang dikatakan sempat memadam rakaman di IG Story sebelum insiden itu berlaku.
Berdasarkan soal siasat, Joddy memaklumkan dia ada menghubungi ibu bapanya sejam sebelum kemalangan berlaku. Dia bagaimanapun menafikan bahawa dirinya sedang leka bermain telefon bimbit saat insiden ngeri itu menimpa mereka. Bukan itu sahaja, pemuda berusia 24 tahun itu juga memberi keterangan telah membawa kereta dengan kelajuan melebihi 120km/j saat berada dalam keadaan mengantuk.
Jadi, maklumat yang kami perolehi pukul 11.38 waktu tempatan, dia (Tubagus) sempat menghubungi ibu bapanya.
Berikutan daripada itu, polis telah memutuskan Joddy sebagai suspek yang menyebabkan nahas tersebut berlaku selain akan didakwa di bawah akta kesalahan lalu lintas yang akan membawa hukuman maksimum sehingga 6 tahun penjara beserta denda sebanyak 12 juta rupiah.
Sumber: JPNN