Baru-baru ini, industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian pasangan selebriti sensasi iaitu Vanessa Angel dan suami, Bibi Adriansyah. Tak dinafikan, berita kematian pasangan ini akibat nahas jalan raya di Tol Nganjuk, Surabaya pada Khamis lalu semenangnya mengejutkan ramai termasuklah keluarga, saudara-mara dan para peminat.
Pasangan pelakon maut dalam kemalangan
Menurut sumber, kereta tersebut dipandu oleh pemandu pasangan ini. Difahamkan, kereta terbabit membawa lima orang penumpang termasuk pemandu, Vanessa, Bibi, Gala Sky (anak lelaki Vanessa dan Bibi) dan pengasuh Gala. Difahamkan, Gala terselamat namun mengalami bengkak serius di bahagian muka. Manakala pemandu dan pengasuh Gala turut mengalami kecederaan.
Ketika kemalangan ngeri itu berlaku, seorang lelaki, Aris yang kebetulan berada di lokasi kejadian telah menyelamatkan anak lelaki Vanessa dan Bibi yang baru berusia 1 tahun itu. Tindakan pantas Aris telah mendapat pujian ramai.
‘Terima kasih atas pertolongan’
Berikutan daripada itu, Aris yang merangkap saksi kejadian telah diundang dalam satu temubual di berita televisyen nasional. Tetapi apa yang menjadi tumpuan ramai adalah reaksi sebak yang dipamerkan si pemberita ketika mengajukan soalan kepada Aris. Sambil mengalirkan air mata, pemberita ini mengakui tidak dapat membayangkan sekiranya peristiwa ngeri itu terjadi dalam hidupnya.
Dalam kesempatan itu, pemberita dan Aris mendoakan agar Gala diberi kesembuhan dan keluarga mangsa diberi ketabahan untuk menempuhi dugaan ini.
Terima kasih atas pertolongan bapak. Bapak menyelamatkan anak ini dan saya dapat rasakan bahawa apa yang bapak lakukan mewakili apa yang mungkin akan saya lakukan juga ketika saya ada di lokasi. Dan setiap manusia yang ada di lokasi pasti akan melakukan usaha terbaik untuk menyelamatkan anak itu (Gala).
Video pemberita nangis
Sumber: Imahcakwin