berita

Pasangan Selebriti Dikompaun Langgar SOP Kedai Makan

February 13th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Kerajaan sebelum ini telah memberi kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan membenarkan hanya dua individu sahaja makan bersama di satu meja. Namun, dilihat masih ada individu yang melanggar SOP berkenaan dengan menikmati makanan di meja makan melebihi dua orang.

Artikel berkaitan: 10 Individu Dikompaun Makan Semeja, Pengurus Ditahan Tiada Permit Kerja Yang Sah

Memetik laporan Kosmo, pasangan selebriti terkenal ini telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 seorang kerana melanggar SOP di sebuah restoran di Lipis.

Selebriti langgar SOP

Difahamkan, pasangan itu dalam perjalanan ke Kelantan dan singgah makan di sebuah restoran di Lipis sekitar jam 9.00 malam. Pasangan yang dimaksudkan itu dipercayai pelawak terkenal, Shuib dan penyanyi Siti Sarah bersama dua lagi individu dikompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar SOP setelah kelihatan duduk di sebuah meja yang sama melebihi dua orang seperti mana diarahkan kerajaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis iaitu Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor melaporkan pasangan berkenaan dikenakan kompaun kerana tiada penjarakan fizikal semasa makan dan duduk di meja makan yang sama melebihi syarat.

Pemilik turut dikompaun kerana membenarkan lebih dua orang pelanggan duduk di satu meja. Kompaun dikenakan itu adalah atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×