
Pasangan suami isteri didakwa tergamak menculik dan mahu melacurkan seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu.
Artikel Berkaitan: Suami ‘Setan’ Lacur Isteri Sendiri RM300 Bagi Setiap Sesi
Nyaris dilacurkan

Memetik laporan Tribun News, insiden itu berlaku pada minggu lalu di Desa Gunung Terang, Kecamatan Buay Sandang Aji, Kabupaten Ogan Komering Ulu (OKU) Selatan, Sumatera Selatan di Indonesia.
Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Satreskrim Polres OKU Selatan berjaya membongkarkan tindakan pasangan itu selepas kanak-kanak berkenaan dilarikan mereka.
Difahamkan pasangan itu juga merupakan jiran kanak-kanak tersebut.
Ketika kejadian, mangsa sedang bermain seorang diri sebelum didatangi suspek wanita yang dikenali sebagai MF, 25.
Suspek wanita itu memperdaya mangsa dan kemudian bersetuju untuk mengikutnya bertemu dengan suspek lelaki berusia 41 tahun.
Lebih parah lagi, pihak berkuasa memaklumkan pasangan tersebut meminta mangsa untuk masuk ke dalam karung dan kemudian dibawa ke sebuah penginapan di kawasan Pasar Muaradua.
Menurut Jabatan Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (Kanit PPA) Satuan Reserse Kriminal (Satreskrim) Polres Ogan Komering Ulu (OKU) Selatan, IPDA Devi Sulastri, siasatan awal mendapati pasangan itu merancang untuk melacurkan kanak-kanak tersebut.
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik ditemui segera oleh pihak berkuasa selepas ahli keluarganya membuat laporan tentang kehilangannya.
Pihak berkuasa dilaporkan berjaya menyelamatkan mangsa dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
Dalam masa yang sama, pihak berkuasa berjaya merampas sejumlah barang bukti bagi membantu siasatan.
Sumber: Tribun News








