Sepasang suami isteri dilaporkan maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta, Lipis, pada Selasa.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Tak Sempat Lari’ – Bapa Mangsa T*kaman Di Sekolah Banting Dedah Keadaan Anak, Percaya Bukan Sasaran Suspek

Artikel Berkaitan: Suspek Didakwa Tikam Pelajar Di Sekolah Banting Ditahan, Polis Mohon Ibu Bapa & Masyarakat Jangan Buat Spekulasi

Mangsa tersepit

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang terkorban dikenali sebagai Mohd Khair Zainudin, 55, dan isterinya, Norzaili Khalil, 49, yang ketika kejadian menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis tiba di lokasi pada jam 6.32 pagi.

Sebaik tiba, pihak kami mendapati terdapaf seorang mangsa dari Proton Pesona meninggal dunia di luar kenderaan manakala seorang lagi mangsa maut selepas tersepit.

Dua individu yang menaiki Toyota Hilux pula mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba.

Kata Salahuddin lagi, anggota bomba kemudiannya menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat khas.

Difahamkan, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian