berita

‘Patutlah Rezeki Sedikit Demi Sedikit Ditarik’– Isteri Dedah Perbualan Lucah Suami Di Aplikasi Cari Jodoh!

January 11th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu keruntuhan rumah tangga disebabkan orang ketiga. Lebih menyedihkan apabila isu curang ini seolah-olah perkara biasa tanpa memikirkan perasaan pasangan masing-masing.

Seperti perkongsian kali ini apabila seorang isteri mendedahkan perbualan suaminya bersama seorang wanita yang dikenali di satu laman aplikasi mencari jodoh. Jijik sungguh kalau baca!

Anak tak sihat, suami menyundal

BismillahitawakaltualAllah,
Kepada semua, saya bukan lah nak buka aib sesiapa atau aib sendiri tapi sebagai isteri, tahap kesabaran saya ada hadnya. Hari ini kebahagiaan saya hancur musnah disebabkan orang ketiga dan ketidaksetiaan seorang suami terhadap isteriNya. Allahu. Berat sungguh ujian mu kepada ku ya Allah.

Pada 6/12/2019 anak kami dimasukkkan ke hospital kerana tidak sihat, tapi mana tanggungjawab sorang ayah, apabila anak sakit hanya datang melawat sekejap. Tapi saya masih tak syak apa-apa kerana menganggap dia sibuk, rupa-rupanya malam tu dia pergi jumpa perempuan bernama ** yang dikenali di aplikasi Om*.

Perbualan lucah dan foto menjengkelkan

Sejak kebelakang ni hubungan kami memang tak macam suami isteri, tidur pon berasingan. Saya cuba untuk ambil hati sang suami, tapi respon yang diberi tidak seperti yang disangka, dia pernah cakap saya  tidak cantik’ . Saya masih bersabar walaupun hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Dan pada 4/1/2020 hati saya tergerak untuk check handphone si suami, sememangnya handphone dia sentiasa ada password yang saya sendiri tak boleh tahu. Tapi dengan petunjuk Allah, saya dapat buka dan betapa luluhnya hati saya. Ya Allah baca setiap perbualan yang luar jangkaan saya dengan gambar-gambar yang sangat menjengkelkan. Ya Allah Ya Allah. Kau kuatkan lah aku Ya Allah.

Mengaku pernah ‘main’ dengan suami

Dengan hati yang kuat saya contact perempuan tu untuk kepastian, lagi sekali hati saya remuk, apabila perempuan tu mengaku setiap perbuatan dia bersama suami. Allah, saya tak sanggup nak dengar, tapi ini lah ujian paling besar dalam hidup saya yang saya kena lalui. Saya percaya Allah memang sayangkan saya, sebab itu saya diuji sebegitu besar.

Wahai suamiku , sebab itulah rezeki kita tidak pernah cukup tanpa awak sedar, sikit demi sedikit ditarik. Awak nak wifi saya pasangkan, rumah takda tv, kesian kat anak, saya belikan, saya carikan keje, awak mengeluh cakap ‘penat’, deposit rumah saya sediakan, cincin, rantai semua digadai.. ape lagi yang tak cukup?

Hancur luluh hati

Ya Allah. Hati saya dah hancur 1000 kali hancur, saya dah tak boleh nak terima suami berzina dengan orang lain, sebelum ni banyak benda yang saya boleh telan lagi. Tapi yang ini, ya Allah. Saya sanggup undur diri. Hati saya betul-betul dah tawar. Saya akan cuba untuk redha walaupun susah dan sangat pahit.

Kepada Hida*** yang dah blocked saya. Ini hanya di dunia, awak carilah saya di akhirat nanti. Sebelum saya post, saya dah fikir dalam dalam untuk tulisan saya ini. Saya bukan suka suka tapi saya taknak perempuan lain di luar sana tertipu dengan manusia manusia seperti ini. Terima kasih Allah dengan petunjuk mu, aku akan kuat demi anakku. Saya undur diri. Assalamualaikum.

Sumber : Cahaya

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×