berita

Suami Pavithra Mengaku Tak Bersalah Miliki Senjata Berbahaya Sabit Sepanjang 26 Inci

July 24th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kecoh di media sosial apabila Sugu, suami kepada pasangan Youtuber yang semakin meningkat naik telah ditahan polis atas tuduhuan mencederakan isteri menggunakan senjata tajam. Oleh sebab itu, isterinya Pavinthra mengalami luka dan lebam di bahagian muka serta bibir.

Artikel berkaitan : Suami Youtuber Terkenal Ditahan Dakwaan Cederakan Isteri

Terkini, memetik laporan Harian Metro, Sugu telah didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini atas dakwaan memiliki senjata berbahaya.

Boleh dipenjara 10 tahun & sebat

Mengikut pertuduhan, dia telah didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1959. Jika dia disabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan.

Mengaku tidak bersalah

Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhannya dibaca di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir. Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memiliki sebilah sabit sepanjang 26 inci di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, lebih kurang jam 6 petang Selasa lalu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×