berita

Pecah Tradisi, Yuna Asia Tour Bertemu Peminat Pada 27 Oktober!

October 9th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Yuna Asia Tour

Penyanyi antarabangsa Yuna bakal menganjurkan konsert jelajah berjudul Yuna Asia Tour pada 27 Oktober ini.

Artikel Berkaitan: Netizen Tanya Coachella Masa Ramadan? Ini Reaksi Yuna

Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Gambar FB Yuna, Minta Jangan Dedahkan Aurat – ‘Risau Makin Terbuka’

Yuna Asia Tour

Yuna Asia Tour

Yuna Asia Tour yang dianjurkan oleh RK LiveAsia dan Icon Entertainment telah memilih Hikmah Exchange Kuching, Sarawak sebagai lokasinya.

Menurut wakil pengajur yang dikenali sebagai Iman Tang dan Rahul, pihaknya yakin konsert jelajah pelantun lagu Terukir Dibintang itu bakal berjaya dan sukses.

Yuna Asia Tour akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 27 Oktober 2023 ini. Dengan imej dan ‘kuasa’ Yuna, di mana pun lokasi persembahannya ia pasti akan mendapat sambutan luar biasa.

Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karya-karyanya mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, kami di RK LiveAsia dan Icon Entertainment percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan spektakular daripada beliau. Save the date guys, 27 Oktober 2023. See you guys soon

Dalam masa sama, penganjur juga mengatakan bintang berusia 36 tahun itu tidak akan mengecewakan penggemar apabila bakal mendendangkan lagu hits miliknya termasuk yang bahasa Melayu dan Inggeris.

Tentulah sekali single terkininya berjudul Masih Sunyi yang dirilis tahun ini dan akan diperdengarkan bersama rendisi lainnya seperti Hello, Lullabies serta Dan Sebenarnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yuna Asia Tour ini, nantikan pengumuman pada Khamis, 28 September pukul 10 pagi sementara jualan tiket akan mula dijual 2 Oktober (Isnin), pukul 12 tengahari di sini.

SKIP THIS AD ×