berita

Pegang Watak Sebagai Pembelot Korea Utara, Satu Lagi Filem Netflix dari Song Joong Ki

February 8th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Song Joong Ki sebagai teraju utama akan membintangi sebuah filem Netflix Korea yang bertajuk My Name is Loh Kiwan bersama-sama barisan pelakon hebat antaranya Choi Sung-eun, Cho Han-cheul, Kim Sung-roung, Lee Il-hwa, Lee Sang-hee dan Seo Hyun-woo.

Artikel Berkaitan: Song Joong-ki Selamat Berkahwin Dengan Kekasih British, Umum Bakal Jadi Bapa!

Artikel Berkaitan: Song Joong-Ki & Katy Tak Kahwin Mac Depan

Adaptasi dari novel

Diangkat dari novel asal bertajuk I Met Loh Kiwan karya Cho Hae Jin, pelakon yang baru sahaja mengumumkan bakal berkahwin ini memegang watak sebagai Loh Kiwan iaitu pembelot dari Korea Utara.

Secara ringkas filem ini bakal menyaksikan watak utama Loh Kiwan yang melarikan diri ke Belgium demi mencari kebebasan dan kehidupan yang lebih baik. Watak ini akhirnya jatuh cinta dengan Mari yang bakal dilakonkan oleh Choi Sung-eun sebagai bekas penembak Korea yang tiada keinginan untuk hidup.

Terdahulu, pelakon berusia 37 tahun ini meraih perhatian antarabangsa apabila dia mengumumkan bakal berkahwin bersama pasangannya Katy Louise Saunders yang berwarganegara British dan berkongsi tentang keterujaannya bakal menjadi bapa.

Sekadar info, Song Joong Ki sebelum ini pernah membintangi filem dari Netflix Space Sweepers serta drama hit Vicenzo dan Reborn Rich.

Sumber: Harper’s Bazaar

SKIP THIS AD ×