berita

Pegawai Imigresen Turun Padang Bantu Urusan Pasport Adik Ainul Mardhiah

May 14th, 2019 | by Ai
Kini Trending

Kisah penderitaan bayi berusia 9 bulan, Ainul Mardhiah kebelakangan ini telah mendapat perhatian ramai pihak termasuklah Dr Amalina Bakri dan pasukannya di United Kingdom (UK). Berikutan itu, pasukan perubatan UK tersebut telah bersetuju dan meminta untuk bersedia membawa adik Ainul ke sana untuk menjalani rawatan.

Terbaharu, tiga pegawai Jabatan Imigresen telah turun padang bertemu adik Ainul sendiri untuk memudahkan proses membuat pasport antarabangsa sebagai persediaan untuk berangkat ke UK.

Pegawai turun padang

Menerusi Facebook JIM, tiga pegawai yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Pasport Putrajaya, Norwati Majudi telah hadir ke rumah Ainul semalam untuk mempermudahkan urusan permohonan pasport mereka sekeluarga.

Dijangka siap hari ini

Menurut Norwati Majudi di Harian Metro, pasport tersebut dijangka siap pada hari ini atau esok dan pengawai JIM sendiri akan menghantarnya ke rumah. Selain itu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin memberitahu bahawa Dr. Amalina meminta mereka persiapkan segala keperluan untuk ke UK termasuklah pasport.

Tarikh ke London belum ada, namun doktor Amalina (Dr Nur Amalina Che Bakri) meminta kami persiapkan segala keperluan untuk ke sana termasuk pasport dan lain-lain.

Bagi kos rawatan, saya rasa sumbangan derma orang ramai banyak membantu dan dijangka mencukupi, walaupun kos sebenar rawatan di sana belum dipastikan.

Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk JIM yang membantu dan memohon doa orang ramai agar proses perubatan anaknya itu berjalan lancar.

Sumber: JIM , Harian Metro

SKIP THIS AD ×