Sekadar gambar hiasan

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menyimpan impian untuk dikurniakan zuriat. Namun, rezeki, ajal, maut dan jodoh pertemuan semuanya adalah ketentuan yang Maha Esa.

Artikel Berkaitan: Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis Lebih RM30k Untuk IVF, 6 Tahun Jadi Pejuang Garis Dua

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Duit RM100k & Boleh Buat IVF Tapi Kalau Allah Kata Tak Jadi, Maka Tak Jadi Juga’ – Janna Nick

Keluhan pejuang dua garis

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu yang masih berusaha mendapatkan zuriat meluahkan rasa tidak puas hati apabila pulang ke rumah mentua.

Ujarnya, dia sering bertungkus lumus di dapur hanya kerana tiada komitmen menjaga anak.

Mentang-mentang kita tiada anak, setiap kali perjumpaan keluarga mentua, muka kita ini saja yang berperang dekat dapur. 

Yang ada anak dengan alasan anak nak menyusu, letih jaga anak. 

Habis kami ini robot ke tiada rasa letih?

Bukan berkira tapi jangan ambil kesempatan. 

Netizen simpati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan individu yang berjuang untuk mendapatkan zuriat sekaligus mendoakan agar dipermudahkan urusan.

Sumber: TikTok i.hamil_nakhamil