Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan reman selepas dipercayai merogol anak kandungnya.

Artikel Berkaitan: Tak Mampu Bayar Tunggakan Sewa, Lelaki Rela Tuan Rumah R*gol Isteri & Anak 

Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan

Bapa rogol anak kandung

Memetik laporan Berita Harian, suspek yang merupakan pekerja kebun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Tindakan itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, termasuk proses merakam keterangan daripada mangsa dan suspek.

Siasatan awal mendapati kejadian didakwa berlaku dalam tempoh sekitar dua bulan dan kali terakhir adalah pada 9 Mei lalu.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah mereka di Johor sekitar jam 6 hingga 7 petang ketika ibu mangsa yang merupakan warga Vietnam sedang keluar bekerja.

Namun siapa sangka, perbuatan itu akhirnya terbongkar selepas mangsa menceritakan kepada salah seorang rakannya.

Susulan itu, mangsa dibawa oleh seorang guru ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan kesihatan, sebelum pihak hospital kemudian membuat laporan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian