berita

Pekerja Sub Kontraktor Maut Selepas Seminggu Jatuh Ketika Tukar Siling

September 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lelaki Maut Seminggu Selepas Jatuh Tukar Siling

Gambar sekadar hiasan

Seorang sub kontraktor disahkan maut selepas seminggu dirawat di hospital akibat terjatuh ketika menukar siling di dewan sebuah institut kemahiran di Kepala Batas, Pulau Pinang

Artikel Berkaitan: Ngeri! Tukang Cuci Maut Jatuh Tingkat 29, Kepala Putus

Jatuh dari ketinggian 4.58 meter

Lelaki Maut Seminggu Selepas Jatuh Tukar Siling

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan difahamkan terjatuh dari ketinggian 4.58 meter pada 12 September lalu.

Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang, mangsa yang terjatuh dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Selepas menerima laporan kemalangan itu, sepasukan pegawai penyiasat telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan pekerja sub kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja selenggaraan dan pembaikan di institut tersebut.

Sebelum kejadian, mangsa bersama dua orang pekerja lain sedang menjalankan kerja-kerja menukar siling berhadapan pentas di dewan institut itu. Selepas terjatuh, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Kepala Batas.

Bagaimanapun, selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 20 September 2023.

Susulan kejadian itu, DOSH Pulau Pinang telah pun mengeluarkan notis larangan melakukan aktiviti bekerja di tempat tinggi sehingga langkah-langkah yang sepatutnya dijalankan.

DOSH Pula Pinang akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Kita memandang serius setiap kemalangan yang melibatkan pekerja atau orang awam. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.

Tambah DOSH lagi, pihak majikan mempunyai tanggungjawab penuh dalam mengenal pasti tentang keselematan di tempat kerja, membuat penilaian risiko serta melakukan kawalan risiko yang ditetapkan sebelum pekerja menjalankan pekerjaan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×