Di aplikasi Threads, tular beberapa gambar memaparkan suasana di gedung jualan milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tegas Latih Anak-Anak Berniaga 

Peringatan buat pekerja

Menerusi perkongsian @pinoi_buk, dapat dilihat Aliff sedang melayan pelakon dan penyanyi, Ieda Moin yang hadir ke gedung miliknya itu.

Namun, apa yang menyorot perhatian pengguna ini ialah, terdapat papan tanda yang mengandungi beberapa peringatan buat pekerja Aliff digantung di dinding gedung berkenaan.

Antara peringatan yang ditulis adalah Aliff mahu pekerjanya untuk sentiasa fokus dan tidak mengular ketika melakukan kerja.

Korang tengok gedung milik Aliff Syukri ada tulis apa, hahaha lawak baca.

Aku pon nak tulis macam ni lah, baru semua (pekerja) tak mengular.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan cara Aliff menangani pekerjanya.

Komen netizen

Sumber: Threads