Sebelum ini, viral sebuah video mengenai seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Veveonah Mosibin, sanggup bermalam di atas pokok kerana mahu mendapatkan capaian internet yang kuat demi menjawab peperiksaan online.
Artikel berkaitan: Gigih Bermalam Atas Pokok Untuk Jawab Exam, Pelajar UMS Dapat Sumbangan Yayasan Nur Jauhar
Terbaru, kisahnya viral sekali lagi apabila ada dakwaan mengatakan pelajar tersebut tidak mempunyai sebarang peperiksaan sewaktu rakaman dibuat.
Dia tak ada exam
Rakaman video pelajar UMS didakwa terpaksa panjat pokok untuk dapat capaian internet bagi menduduki peperiksaan secara dalam talian di Pitas, Sabah sebenarnya sekadar dilakukan hanya bertujuan hiburan dan menaikkan ‘viewer’ rancangan YouTubenya-Timbalan Menteri pic.twitter.com/HvuxU1SUOW
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 3, 2020
Di Twitter, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, memberitahu bahawa kementeriannya akan memastikan liputan jalur lebar akan dipertingkatkan dari segi kelajuan dan keluasan di seluruh Malaysia.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai di akhir sidang Parlimen ialah beliau didakwa menyentuh isu Veveonah yang dipercayai menipu dan tidak mengambil peperiksaan sewaktu videonya dirakam. Beliau juga mendakwa pelajar tersebut hanya Youtuber dan sekadar ingin terkenal.
Benar menduduki peperiksaan
Jangan cepat percaya
Susulan daripada itu, dua orang individu yang dikenali sebagai OK Sokmo dan Wong Gen Hee, telah tampil dan menjelaskan situasi sebenar mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu. Menurut mereka, gadis itu tidak menipu.
Ujar mereka lagi, Veveonah tidak tahu videonya pada masa tersebut akan viral dan mendapat perhatian ramai. Di akhir tweet salah seorang individu tersebut, mereka turut melampirkan tatacara peperiksaan akhir yang dipercayai diduduki oleh Veveonah semasa merakam video tersebut.
Sumber: Zahidi Zainul Abidin & OK Sokmo