berita

Pelajar Cemerlang Ditahan Polis, Tikam Ibu Ketika Tidur Dengan Adik Tiri Usia 14 Hari

October 18th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pemuda 13 Tahun Bunuh Ibu Sendiri

Seorang pemuda yang baru sahaja berusia 13 tahun ditahan pihak polis kerana dipercayai menikam ibunya sendiri hingga mati ketika sedang tidur bersebelahan bayi perempuannya yang baru lahir.

Artikel Berkaitan: Anak Tikam Ibu Kandung Berkali-Kali Angkara Dendam

Serah diri pada polis

Pemuda 13 Tahun Bunuh Ibu Sendiri

Memetik laporan portal New York Post, pemuda yang dikenali sebagai Derek Rosa itu difahamkan menghubungi pihak polis melaporkan sendiri mengenai jenayah yang dilakukannya.

Menurut juracakap polis daerah Hialeah, Eddie Rodriguez, pasukannya kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menjumpai mayat ibu suspek, Irina Garcia dalam keadaan berlumurah darah di dalam bilik tidur.

Lebih memilukan ialah terdapat bayi perempuan yang merupakan adik tiri kepada Derek yang baru saja berusia 14 hari terbaring bersebelahan ibunya tanpa sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, Eddie memaklumkan bahawa hasil siasatan yang dibuat pihaknya mendapati Derek menunggu ibunya itu untuk tidur terlebih dahulu sebelum bertindak menikam dan mengelar leher mangsa.

Ketika kejadian, suspek dipercayai tinggal bersama ibu dan adik tirinya itu manakala bapa tirinya yang bekerja sebagai pemandu trak berada di Georgia kerana perlu bertugas di luar kawasan.

Menurut Eddie lagi, ketika ditahan Derek menunjukkan sikap yang begitu sopan dan berkali-kali meminta maaf atas perbuatannya itu.

Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod sejarah masalah kesihatan mental dan dia juga dipercayai memiliki hubungan baik dengan bapa tirinya.

Suspek yang juga merupakan pelajar cemerlang gred lapan di sekolah iMater Charter digambarkan sebagai seorang murid yang cemerlang kerana kerap mendapat gred A dalam peperiksaan yang dihadapi.

Buat masa ini, pihak polis masih belum mengenal pasti motif sebenar pembunuhan dan suspek telah pun dibawa ke pusat tahanan bawah umur untuk proses siasatan lanjut.

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×