berita

PKP: Tadika Swasta Berdaftar Boleh Beroperasi, Hanya Calon Peperiksaan Utama Hadir Ke Sekolah

January 12th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Susulan daripada pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah diumumkan.

Artikel berkaitan: Tak Boleh Rentas Daerah, Negeri Sepanjang PKP. Pergerakan Terhad 10KM Sahaja

Artikel berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri

Artikel berkaitan: Kedai Makan, Gerai Penjaja Hanya ‘Take Away’ Sepanjang PKP

Terbaru, arahan berkenaan pengoperasian institusi pendidikan juga telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Pelajar terlibat dengan peperiksaan dibenarkan ke sekolah

Foto: Free Malaysia Today

Berdasarkan kenyataan itu, sesi persekolahan bersemuka di kawasan perintah kawalan pergerakan akan hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Ia adalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijl Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa yang setara

Murid berasrama penuh dibenarkan pulang ke asrama

Foto: Dr Noor Hisham Abdullah

KPM menerusi kenyataan itu berkata, murid sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021. Pihak sekolah akan mengeluarkan surat kebenaran khas bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama.

Sehubungan dengan itu, semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah di kawasan PKP akan mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), mengikuti kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.

Manakala, pelajar Kolej Matrikulasi di kawasan PKP yang telah berada di kolej perlu kekal di kolej yang disediakan untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.

Pelajar Matrikulasi harus kekal di kolej

Foto: Dr Noor Hisham Abdullah

Memetik dari kenyataan itu, pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) yang berada di kawasan PKP, akan belajar secara dalam talian mulai 17 Januari 2021. 

Manakala, Guru yang terlibat dengan peperiksaan yang seperti dinyatakan di kawasan PKP perlu hadir ke sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka. 

Bagi tujuan pengoperasian sekolah, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Jan.

Pihak sekolah juga akan mengeluarkan surat kebenaran bagi membolehkan guru untuk merentas negeri atau daerah untuk menghadiri sekolah. Di samping itu, semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

SKIP THIS AD ×