berita

Pelajar Jual Semula Peranti Siswa Bakal Dikenakan Tindakan Tegas

October 26th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mahasiswa yang menjual semula PerantiSiswa yang diberikan secara percuma melalui pakej Keluarga Malaysia.

Artikel Berkaitan: Pelajar Kantoi Jual Peranti Siswa, Syed Saddiq Gesa Pulangkan Semula, Ada Yang Lagi Memerlukan

Artikel Berkaitan: Inginkan Tablet Secara Percuma? Ini Cara Mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia Khas Buat Pelajar IPT

14 kes jual semula peranti

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang merupakan Inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), bertujuan untuk membantu pelajar IPT yang berada dalam golongan B40. Namun begitu, setakat ini, dilaporkan sebanyak 14 kes penjualan semula PerantiSiswa telah dikesan di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, menzahirkan rasa terkilan apabila terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menjual peranti berkenaan. Tambah beliau, tindakan penjualan semula peranti tersebut akan dikenakan tindakan tegas oleh pihaknya.

Ada tindakan tertentu akan diambil terhadap penjual peranti, contohnya paparkan nama secara terbuka untuk pengetahuan umum di portal perantisiswa atau maklumkan kepada pihak universiti.

Tindakan untuk menjual peranti berkenaan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan ia dipandang serius oleh pihak kerajaan.

Annuar juga berkata tindakan mahu penjual peranti tersebut dianggap seperti melanggar ‘akujanji’ bagi menggunakan peranti terbabit untuk kegunaan sendiri, seperti yang persetujui penerima melalui tandatangan ketika mendapat alat berkenaan.

Di samping itu, beliau turut memaklumkan, melalui kes penjualan yang dilaporkan, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan penelitian berhubung isu itu.

Sumber: Buzzkini

SKIP THIS AD ×