berita

Pelajar Tingkatan 1 Maut Jatuh Tingkat 2 Bangunan Sekolah

July 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya yang terletak di Durian Daun, Melaka pada petang Khamis.

Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 41, Badan Hancur & Cebisan Mayat Berterabur Di Luar Hotel

Motif kejadian masih disiasat

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, pelajar Orang Asli itu ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan oleh tukang kebun sekolah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, setiba sahaja mereka di lokasi kejadian, mangsa yang berpakaian sukan sekolah dan hanya berstokin tanpa kasut ditemui dalam keadaan berdarah di kepala.

Siasatan awal mendapati bangunan kelas sekolah mempunyai tiga tingkat dan mangsa belajar di kelas tingkat dua.

Kejadian dipercayai berlaku di tingkat dua bangunan sekolah itu, memandangkan kasut mangsa ada ditinggal di kaki lima tingkat terbabit.

Tambah Christopher lagi, setakat ini siasatan tidak menemukan sebarang kesan perbuatan jenayah serta tiada sebarang saksi yang melihat kejadian menimpa mangsa.

Mayat mangsa kini dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×