berita

Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 41, Badan Hancur & Cebisan Mayat Berterabur Di Luar Hotel

July 5th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan yang mengerikan di hadapan parkir lobi sebuah hotel yang terletak di persisiran Sungai Melaka pada malam Selasa.

Artikel Berkaitan: Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Apartmen Tingkat 10

Jatuh dari tingkat 41

Gambar sekadar hiasan

Memetik Harian Metro, mangsa yang berusia 52 tahun itu dipercayai maut selepas terjatuh dari tingkat 41 hotel berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, mayat mangsa ditemukan oleh seorang pekerja hotel terbabit dalam keadaan hancur separuh badan.

Tubuh mangsa hancur daripada separas pinggang ke atas.

Kami turut menemukan cebisan mayatnya di sekitar kawasan berkenaan.

Tambah Christopher lagi, pekerja hotel yang merupakan saksi kejadian itu mendakwa terdengar bunyi umpama tayar meletup.

Sejurus menoleh, saksi mendapati mangsa dalam keadaan terlangkup dengan separuh daripada badannya hancur.

Dua lagi saksi iaitu warga Bangladesh mendakwa melihat mangsa dalam keadaan mencurigakan sebelum terjatuh daripada bangunan itu.

Mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×